Thursday 5 October 2017

Interview: FILE 106


Ini merupakan sebuah projek eksperimental / elektronik gabungan tenaga dua sahabat dari Seremban, Negeri Sembilan. Datang dari latarbelakang ideologi dan kemahiran yang berlainan, mereka bersatu atas nama File 106. Seni mereka adalah bunyi-bunyian bising atmosferik, yang mana turut diadun bersama unsur-unsur seram, kegelapan, bass, kebingitan serta alunan drone yang keras dan dipersembahkan dalam konsep penceritaan. Salah seorang rakan mereka telah menulis satu petikan: “without noise or chaos, you will not find silence or peace. To feel pain is to feel alive and to feel alive is to relieve”. Berikut adalah sebuah temubual bersama File 106.

Kongsikan tentang bagaimana boleh terbentuknya File 106? Ceritakan juga latarbelakang ahli kumpulan ini?
File 106 terbentuk selepas Cuxk telah menghubungi Ayin untuk menggabungkan sound kami yang pada masa itu masing-masing bergerak sendiri dan memainkan irama Harsh Noise dan Horror Noise. Sound Ayin yang lebih ke arah dark ambient pada masa tu dan Cuxk ke arah harsh noise amat diperlukan untuk melapik sample-sample horror dan sebenarnya kami berkawan dari sekolah lagi dan berjumpa selepas masing-masing habis bertapa, hahaha!

Nama File 106 membawa maksud apa?
File 106 adalah platform bagi kami berdua menyampaikan mesej berbentuk ‘story telling’ dengan menggunakan medium noise/drone sebagai pengantara. Cerita yang cuba kami sampaikan adalah berkisar tentang kisah seram kehidupan sebuah keluarga yang musnah kerana ada antara ahli keluarga yang terlalu taksub dengan ilmu hitam dan telah menyebabkan ada antara mereka dibunuh dengan kejam. Gangguan dan rasukan sering berlaku di dalam keluarga dan masyarakat sekitar mereka. File 106 adalah file kes siasatan bagi gangguan dan pembunuhan dalam cerita tersebut. Di dalam demo pertama, kami lebih fokus menceritakan tentang kisah seram salah seorang ahli keluarga tersebut yang menjadi mangsa kejahatan mereka. Track False Astral Projection adalah situasi keadaan mangsa tersebut dirasuk ketika menaiki pengangkutan awam. Manakala rilisan ep kedua kami pula lebih fokus kepada ruang masa sekarang senario yang berlaku pada keluarga tersebut.

Terangkan definasi “muzik” / sound File 106? Dari mana datangnya inspirasi?
Selepas terbentuknya File 106, kami menambah pelbagai lagi perisa untuk mengisi ruang-ruang kosong antaranya Drone, Doom dan Dark Ambient. Maka terhasillah Atmospheric Harsh Drone / Horror Noise dan itulah definisi serta ‘kiblat’ sound kami sehingga hari ini.


Apa yang File 106 perlukan dalam membikin track; jelaskan dari segi pemakaian software dan instrumen? 
Pada awalnya (Demo), kami mengolah layer-layer track dengan merakam bunyi bunyian sekeliling dan menambahkan sedikit sample yang telah kami distorsikan menggunakan beberapa pedal gitar seperti delay, distortion dan sequencer. Rakaman track demo tersebut kami lakukan di dalam bilik menggunakan perakam sahaja. Bagi rilisan kedua pula (EP: She is Coming Home) kami cuba memperkemaskan lagi, layer-layer baru telah ditambah dengan menggunakan lebih banyak pedal, bunyian gitar, sample-sample yang telah kami olah dan reverb yang lebih besar. Dalam proses pembikinan kami hanya menggunakan flstudio untuk menggabungkan layer-layer bunyian yang kami rakam menggunakan aplikasi perakam di telefon bimbit.

Setakat ini apa rilisan yang telah File 106 keluarkan?
Setakat ini kami mempunya dua rilisan iaitu File 106 (Demo) yang mempunyai 2 track berdurasi lebih kurang 7 minit dan File 106 : She is Coming Home (ep) yang mempunyai 3 track beserta 1 hidden track. Bunyian demo kami lebih kepada bunyian noise yang kasar manakala EP pula kami cuba letakkan lebih banyak energy kepada sounding seperti drone, dark ambient dan sedikit vokal-vokal halus.

Apa pula rancangan rilisan File 106 akan datang?
Kami merancang untuk bergiat lebih aktif dan produktif bekerjasama dengan noiser-noiser tempatan seperti Anak Bukit, Mampos, ++++, HKPT, Krosot dan banyak lagi. Kami juga merancang untuk mengeluarkan EP pada tahun depan dan akan melakukan mini tour di beberapa tempat di Semenanjung.


Apa pandangan File 106 mengenai masa depan genre Harsh Drone / Noise / Ambient di Malaysia?
Pada pandangan kami, genre-genre seperti ini telah mula berkembang dan diterima masyarakat pada masa kini. Kita dapat lihat bahawa munculnya noisecian-noisecian baru yang power-power dan banyak gig-gig noise telah di-organize. Perkembangan sebegini amat baik bagi mewarnai scene kita. Banyak juga penggerak-penggerak irama sebegini yang tidak pernah jemu memperjuangkan genre noise seperti Raung Records, Toothache Splinter, Deathtones Records dan lain-lain. Ada juga noisecians Malaysia yamg membuat research study fasal genre-genre sebegini dalam ruang belajar mereka. Ianya merupakan satu impak yang baik.

Buat masa sekarang apa band/projek drone / noise / ambient yang ada dalam scene tempatan yang ada dalam pengetahuan File 106?
Fuh, ini soalan menarik dan memerlukan ruang yang sedikit luas, hahaha. Di Malaysia kita mempunyai banyak band yang membawa genre seperti ini antaranya Mampos (Penang Harsh Noise), ++++ (Sepi/Lonely Guy Noise), Anak Bukit (Ambient Noisecape), Sudarshan Chandrakumar (Industrial Noise), CSPK (puisi core/noise), Abhorstench (puisi noise), HKPT (industrial noise/power noise), Krosot (Harsh Noise) dan banyak lagi. Jangan malu-malu untuk check it out mereka di atas ni kerana setiap band ada character masing-masing dan berlainan sound. Perhatikan dan dengar dengan teliti.

Kata-kata akhir?
Untuk kata-kata akhir, majukanlah scene noise. Janganlah membanding-bandingkan dan mengutuk antara satu sama lain kerana setiap sounds/band ada character masing-masing. Long live noise! Noise for all and keep positive!

No comments:

Post a Comment