Monday 10 February 2014

Interview: XTOLAKKOKX


XTOLAKKOKX adalah band Fastcore dari Baling, Kedah. Mereka cuba bermain selaju mungkin, seperti Betercore, Jellyroll Rockhead, Abnormal Psychology, BBQ Chickens dan banyak lagi. Setakat ini mereka telah mengeluarkan CDR Rehearsal 2012 dan demotape “666 Thrash Fun” pada tahun 2013. Untuk mengenali XTOLAKKOKX lebih dekat, mari kita ikuti sebuah interview bersama mereka..

1. XTOLAKKOKX ni apa maksudnya?
Alamak, macam mana ya aku nak terangkan dekat hang, sebut Tolak Kok ja, tanda "X" dikiri dan kanan hanya hiasan ja tiada apa2 yang serius pun, ok tolakkok ni ayat bahasa Baling Kedah sebenarnya, eh ya ka? hehehehmgmgmgmgmg, ayat dia macam ni "weh cantik kasut hang, nak tolak kok (jual kot)" ayat tolak kok tu macam fun sikit kalau disebut, kami suka benda2 yang dengar fun ni, so kami guna la nama xTOLAKKOKx.

2. Apa idea asal penubuhan XTOLAKKOKX? Bila dan bagaimana ia dibentuk?
Kami berasal dari Baling Kedah, bermula pada awal 2011, macam ayat band2 yang lain la kan, mula2 jamming cover lagu band2 yang kami minat dan semakin lama kami semakin serius untuk membuat band, Pixie (Unadulterated Parasites) yang mula2 invite kami bermain untuk gig Comadre Tour S.E.A.

3. Siapa ahli-ahli kumpulan ini?
xTOLAKKOKx terdiri dari Wan Organ (vokalis), Pakya (drum), Majdi (bass) dan Bob Tapong (gitar dan 2nd vocal), tetapi ada masalah yang tidak dapat dielakkan Wan Organ dan Majdi tidak lama bersama xTOLAKKOKx dan Alip Hidong menggantikan tempatnya sebagai vokalis. Bass? owh sampai sekarang kami tiada bass, line up 2012 hingga sekarang Alip Hidong (vokalis), Pakya (drum) dan Bob Tapong (gitar dan 2nd vocal).

4. Bagaimana definasi Fastcore bawaan XTOLAKKOKX? Apa perlu ada dalam Fastcore?
Definisi fastcore bagi kami adalah corak riffing yang ala2 sempat tak sempat, bunyi snare yang seketoi seketoi dan juga vokal yang acah acah out meter motor RXZ tapi bunyi ting ting seketoi seketoi. (tapi tak semua lagu kami dapat diberikan seperti yang digambarkan. Hehehegmgmgmgmgmdg.) Benda yang perlu ada dalam fastcore bagi kami lagu yang laju dan pendek ditambah sedikit beat untuk circle pit dan menari tidak lupa juga  lirik yang sedikit fun dan marah yang melampau, agak berkait rapat dengan punk. Rebelious, fight for your right & etc. Cuma cara disampaikan berlainan.


5. Tahun 2013 ada keluarkan demotape “666 Thrash Fun”. Bagaimana sambutan yang diterima?
Ya kami ada release demo dalam format tape hanya 100pcs yang berjudul 666 Thrash Fun dengan harga RM8 percuma button yang direlease oleh Foxhole Records dan Tebulaih Nyor Distro, kini sudah habis dijual, terima kasih juga kepada Shahril, Komal dan Yaya sebab sudi buat gig release party kami haritu, teman2 Kratom City Hardcore yang selalu memberi semangat dan teman2 yang sudi membeli demo kami.

6. Apa yang menarik tentang “666 Thrash Fun”?
Banyak yang menarik bro berkenaan 666 Thrash Fun dengan track no.1 yang berunsurkan black metal dan lain2 track yang fast short and loud yang akan memecahkan kepala hotak hangpa dengan lirik2 yang fun, marah dan entah apa2, mungkin  boleh dengar disini www.xtolakkokx.bandcamp.com.

7. Ada cerita berkaitan Rehearsal 2012?
Kami hanya release 50pcs rehearsal dalam format cdr dan kami masukkan 3 lagu yang ada dalam 666 Thrash Fun tetapi belum dimixing.

8. Tahun 2014 apa pula rancangan release terbaru XTOLAKKOKX?
Untuk rilisan akan datang, compilation tribute to Secret Seven, 4way split Cholera (Fast Hardcore dari Jerantut Pahang) + Mamah Papah (Thrashcore dari Bandung Indonesia) + Haramarah (Hardcore Punk dari Bandung Indonesia), 4way split Perek Kasi Gerek (Thrashy 90's Punk Rock dari S.Petani Kedah) + Langgar Lari (Fastcore dari Bahau N.Sembilan) + Makan Dalam (Thrashcore dari Tawau Sabah), E.P 2014.

9. Gig paling dikenang?
Wow semua gig yang kami main, ada kenangan tersendiri bro, mahupun yang pahit atau manis, tak reti aku nak ceritakan.


10. Final shitnote please?
La habis dah ka bro, lek lu, chor lu, hehehejgjgmgmgwgj, terima kasih sangat2 sebab sudi interview kami, harap lu terus bersemangat untuk menginterview band2 yang ada dan harap kami terus main laju dan laju lagi dan harap zaman kegemilangan band2 thrashcore fastcore lompat2 ni akan kembali bangkit seperti dulu, kalau hangpa inginkan gambar bogel kami  hehehejgmgmgmgmg atau ada pertanyaan boleh contact: xtolakkokx@gmail.com, Hail Fastcore!

No comments:

Post a Comment